Tuesday, March 8, 2011

‘keusahawanan’ taib di miri – Kegiatan rasuahnya didedahkan

26 Februari 2011
Dipetik dari Sarawak Report

Pada penghujung tahun lalu, semasa majlis pecah tanah untuk jalan baru Taman Tunku – Taman Jelita di Miri, Taib Mahmud telah membidas ‘rasa cemburu’ sesetengah pihak terhadapnya. Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang saksi yang hadir di majlis tersebut, Taib dipetik sebagai berkata:


“Orang-orang Sarawak harus menyingkirkan mana-mana ahli politik yang memiliki sentimen “anti-orang kaya-kaya” kerana dengan ini akan menghindar negeri ini untuk membangun”. [htt://lifeisreallybeautiful.com]

Dengan kata-kata Taib itu, kita boleh simpulkan bahawa Ketua Menteri itu tidak suka pada para pengkritik yang mempersoal kekayaannya yang melampaui batasan! Seperti pada majlis-majlis lain, Taib memang gemar pada temanya “kekayaan kami, kebaikan untuk anda semua, yang membawa maksud bahawa status kekayaannya dan keluarganya adalah baik untuk orang lain.

Contoh perdana dari Jalan Taman Tunku – Taman Jelita!


‘Keusahawanan’ ini adalah suatu contoh yang amat tepat bagai mana keluarga Taib boleh menjadi kaya. Namun, pada hakikatnya, ‘keusahawanan’ yang digunakan pada projek itu langsung tiada elemen kerja keras, kepakaran atau rekacipta kerajaan Taib Mahmud.


Pembinaan jalan yang dipra-rasmikan pada majlis pecah tanah itu, seperti mana yang diceritakan oleh Borneo Post, sebuah akhbar pengampu BN, bahawa “sebatang jalan akses bernilai RM18 juta yang menyusuri lapangan terbang Miri akan dibina oleh pemaju yang juga pemilik tanah iaitu Kumpulan Parabena Sdn. Bhd”. Petikan akhbar berkenaan menghuraikan dengan lebih lanjut bahawa Pengarah urusan bagi Kumpulan Parabena S/B adalah adik Taib Mahmud sendiri, Raziah Mahmud. Dunia tertanya-tanya bagai mana adik kepada Ketua Menteri yang menguruskan sebuah syarikat telah memperolehi sebidang tanah negeri dan kemudiannya kontrak pembinaan jalan berkenaan pula dibiayai oleh kerajaan negeri tanpa timbulnya isu-isu utama konflik kepentingan, Borneo Post sebaliknya terus melaporkan:

“Parabena bercadang untuk melibatkan diri dalam pembinaan kampus universiti, poliklinik dan infrastruktur-infrastruktur lain di lokasi strategik ini”


Jelaslah jika Raziah ingin ditawarkan wang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek-projek (atau setidak-tidaknya menjualkan projek-projek itu kepada syarikat-syarika pembinaan lain), maka keputusan berbuat demikian adalah terletak di tangannya sendiri! Kes seperti ini pernah kita dengar, di mana Kumpulan Parabena kerapkali memperolehi bilangan projek-projek besar yang banyak di masa lalu.

Parabena adalah sumber keuntungan bagi Miri


Sarawak Report telah mendokumentasikan bagai mana Kumpulan Parabena telah menerima tanah-tanah NCR dan tanah-tanah negeri bernilai beratus-juta ringgit pada masa-masa lalu, kebiasaan menggunakan penyamaran pelabagai ‘front companies’ yang beribupejabat di alamatnya sendiri di Kuching. Ini juga termasuk tanah-tanah yang berhampiran dengan lapangan terbang Miri, yang terkenal sebagai Bandaraya Minyak Sarawak.

Sebaik sahaja Taib menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri beliau telah menyerahkan 800 ekar tanah perdana itu kepada syarikat ahli keluarganya sendiri, Concordance Holdings pada bulan November 1982. Kemudian tanah perdana itu dipindahmilik kepada Kumpulan Parabena, yang hanya merupakan anak syarikat sahaja, dan kemudian, menurut laporan Borneo Post, keluasan tanah itu ditambah sehingga 2,000 ekar. Setelah 30 tahun mengaut keuntungan menerusi pembangunan perumahan, yang telah membolehkan Raziah memperolehi berjuta-juta ringgit, projek berkenaan kini telah menuju ke fasa kedua, justeru itu ianya memerlukan sebatang jalan masuk dibina menggunakan pembiayaan kerajaan.

Orang-orang di Miri telah menjelaskan kepada Sarawak Report bahawa alasan asal pemberian tanah di situ adalah untuk menyokong syarikat milik bumiputra, untuk membangunkan kemahiran orang-orang tempatan. Namun, si Pengarah Urusannya, Raziah Mahmud telah mengenepikan syarat-syarat itu, maka diapun diketahui menjualkan semula tanah untuk mendapat keuntungan berlipat-ganda kepada pembangun yang tulen seperti Hock Seng Lee – atau, dalam kes melaksanakan projek jalan, Rich Venture Construction S/B, yang dimiliki oleh kroni kerajaan Taib Mahmud, Hii King Chiong!

Siapakah para pewaris Parabena?


Perlu kita ingat bahawa tanah perdana seluas 2,000 yang diperolehi Kumpulan Parabena secara percuma itu, harus juga kita ketahui siapakah para pemegang saham-saham dalam syarikat itu. Setelah disiasat secara menyeluruh, kita mengetahui bahawa pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu adalah Ketua Menteri sendiri, menerusi saham-sahamnya dalam Mesti Bersatu S/B, yang seterusnya memegang saham-saham dalam Miri Properties dan Dalam Development. Concordance Development, sebuah lagi pemegang saham dalam Kumpulan Parabena, adalah milik syarikat CMS, iaitu syarikat induk milik keluarga Taib! Syarikat-syarikat pemegang saham yang lain kesemuanya dimiliki oleh ahli-ahli keluarganya, terutamanya Raziah bersama suami ketiga Raziah, iaitu Robert Geneid.

Mesti Bersatu (dan seterusnya Ketua Menteri) merupakan pemegang utama dalam Royal Mulu Resort yang kini berkontrovesi itu, yang telah mendapat untung dari tanah percuma yang diasingkan oleh Taib dari tanah-tanah NCR orang-orang tempatan, juga dari subsidi-subsidi kerajaan negeri yang amat besar, terima kasih kepada keputusan Ketua Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan!

Maka dengan itu adalah wajar kami menyoal Taib yang gemar menyamakan Kumpulan Parabena dengan konsep keusahawanan berguna, sebuah syarikat milik keluarganya yang telah menjadi makmur bukan hasil kerja keras, tetapi sebaliknya hasil mengeksploitasikan jaringan-jaringan dalam kerajaan untuk mengaut tanah dan juga kontrak-kontrak, yang kemudiannya dijual kepada pihak-pihak lain untuk melaksanakan kerja?

Kedua, apakah faedahnya bagi orang-orang Sarawak secara keseluruhannya di mana Ketua Menteri dan keluarganya memperolehi keuntungan yang besar dengan tidak melakukan apa-apa kerja atas tanah-tanah yang telah dirampas?

Bagaimanakah pemerolehan kekayaan secara korup itu dapat memberi faedah kepada orang lain dan kenapakah ianya dikatakan salah atau ‘bersifat cemburu’ untuk mempersoalkan dan mengkritik rompakan atau kecurian yang dilakukan oleh Taib sekeluarga? Adakah kita tidak boleh cemburu pada seorang perompak atau pencuri yang telah menjadi kaya dan mewah, di mana pencuri atau perompak itu sememangnya menyalahi undang-undang?

Lagi banyak rasuah di Miri


Kehadiran Taib pada majlis pecah tanah adiknya di Miri merupakan salah satu contoh kegiatan ‘keusahawanannya’ di seluruh Sarawak. Sebuah lagi pembangunan utama di bandaraya yang memberikan contoh yang amat menjijikkan pada kerosakan akibat ketamakan keluarga Taib Mahmud.

Di awal 1990-an, Taib telah menghalakan pandangannya ke arah tanah perdana di tepian pantai bandar itu, Taman Selera. Kawasan ini adalah tapak bersejarah sejak beratus tahun bagi kediaman Residen, rumah-rumah Pegawai Daerah dan Pegawai Perubatan. Ketiga-tiga bangunan itu merupakan bangunan warisan yang memberikan seri kepada bandar itu.

Taib telah merampas 20 ekar tapak rekreasi awam untuk dirinya sendiri untuk membolehkannya membina Hotel Marriot yang serba moden. Tapak tersebut juga telah menempatkan tempat letak kereta awam di mana majlis perbandaran telah melaburkan berjuta-juta ringgit wang rakyat, tetapi telah dimusnahkan. Raziah, selaku Pengarah projek berkenaan telah berjanji dengan Walikota untuk membayar gantirugi ke atas pengambil-alihan tempat letak kereta awam itu, tetapi setelah 20 tahun, Bandar Miri masih lagi tertunggu-tunggu!

Syarikat yang memperolehi tapak pada kadar yang amat minima itu adalah Majupun S/B. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dalam Majupun adalah Raziah, suami berketurunan Lebanonnya dan seorang lagi anak Taib, Hanifah. Sekali lagi para pemegang dalam Majupun adalah syarikat-syarikat milik keluarga Taib, Boble Strike S/B, dan Bakraz Holdings. Dan sekali Ketua Menteri sendiri adalah pemegang utama kepentingan dalam syarikat-syarikatsyarikat menerusi saham-sahamnya di Mesti Bersatu dan Miri Properties dan Kumpulan Parabena!

Keuntungan yang lumayan


Dengan cara demikian Taib Mahmud telah merampas kawasan tanah yang terluas dan yang paling berharga di Miri untuk dirinya dan juga untuk ahli-ahli keluarganya, di mana kumpulan Hotel Marriot tetap menghargai ‘usaha licik’ itu (kumpulan berkenaan yang beribupejabat di US diketahui akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Royal Mulu Resort yang korup, yang menjadi bahan ketawa kerana gemar menganggap dirinya sebagai usahasama ‘eko-pelancongan’)

Malah Taib juga berjaya memperoleh keuntungan yang besar dari penjualan tapak untuk membangunkan Taman Selera – 4 ekar kawasan perdana yang diambilnya dari kemudahan awam – dengan harga sebanyak 12 juta kepada syarikat kroninya, Shin Yang, yang kini sedang membina tiga lagi blok kondominium di atas tapak yang suatu ketika dahulu, paling menarik di Miri dan juga merupakan taman rekreasi awam.

Sekali Sarawak Report ingin bertanya ke manakah ‘budaya keusahawanan’ yang membolehkan Taib mendapat tepukan gemuruh dan siapakah yang mendapat faedah selain dari dia sendiri?

Sungguh memalukan


Sempena majlis perasmian pelancaran pembangunan Jalan Taman Tunku-Taman Jelita, pasukan-pasukan Tarian Naga kaum Cina dan juga peragaan pakaian tradisi kaum-kaum tempatan yang lain dilihat sebagai meraikan kekayaan keluarga Taib Mahmud dan mendengar hujah-hujahnya yang membidas kritikan-kritikan kekayaannya!

Maka jelaslah, persembahan sempena menyambut ketibaannya telah dikatakannya sebagai hasil yang rakyat perolehi seperti yang diperolehinya! Namun, kekayaan yang telah diperolehinya sebenarnya adalah hasil rompakan tanah-tanah orang-orang itu dan juga pengeksploitasian ke atas sumber kewangan negeri!

Pada majlis tersebut juga, paket-paket makanan dan minuman diberikan kepada semua orang yang hadir di situ. Para pengunjung juga diambil gambar mereka yang boleh kita lihat sebagai berlumba-lumba mendapatkan cebisan-cebisan makanan dari kekayaan haram Ketua Menteri!

Ketua Menteri itu juga dikatakan memberikan RM50 kepada setiap orang pengunjung yang juga dilihat sebagai membeli undi menggunakan harta haramnya. Sarawak Report ingin menasihatkan para pengunjung agar tidak membiarkan undi mereka dibeli sebegitu murah hanya kerana Ketua Menteri itu telah menyebabkan mereka hidup sengsara. Sarawak Report juga mengingatkan mereka bahawa Ketua menteri itu sedang menyimpan berbilion-bilion ringgit wang mereka di dalam akaun-akaun banknya yang seharusnya dikeluarkan untuk membina sekolah-sekolah, kemudahan-kemudahan kesihatan, bekalan elektrik, air bersih dan jalan-jalan yang selesa dilalui, di mana kesemuanya tidak akan dibelanjakan oleh Ketua Menteri!

No comments: