Tuesday, January 18, 2011

HIMPUNAN HARTA KEKAYAAN TAIB DI AMERIKA SYARIKAT (SAKTI/SAKTO)

10 Januari 2011

Jika anda memiliki banyak harta dan syarikat untuk diuruskan serentak, maka adalah bijak jika anda memberikan nama-nama yang senang anda hafal. Sarawak Report kni dapat mendedahkan empayar kekayaan Taib di Amerika Utara yang dirahsiakannya selama ini.


Sebuah istana - salah satu daripada rumah-rumah milik keluaraga Taib di US

Di Ottawa, Kanada, hartanya diuruskan oleh Sakto Corporation, manakala hartanya yang berada di Amerika Syarikat pula diuruskan oleh Sakti International. Sakti International memiliki harta dianggarkan bernilai US$80 juta menurut dokumen-dokumen syarikat berkenaan. Setiap harta diuruskan oleh sesebuah syarikat yang berasingan, biasanya dinamakan bersempena alamat letaknya harta tersebut. Misalnya, syarikat W.A. Boylston dipertanggungjawab menguruskan 1117 Boylston St., Seattle.

Walau bagaimana pun, salah sebuah dari syarikat-syarikat mereka tidak dinamakan sedemikian. Sebagai contoh, Wallyson’s Incorporated, yang terletak di Seattle, menguruskan theAbraham Lincoln Building. Bangunan tersebut dijadikan sebagai tempat operasi dan kelengkapan rahsia agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigation), dan untuk masuk ke bangunan itu, seseorang harus melalui laluan keselamatan yang sangat tinggi. Bangunan ini merupakan ibu pejabat FBI di kawasan barat daya US yang memantau kegiatan anti-pengganas. Bangunan ini adalah milik keluarga Taib.


Ibupejabat FBI di Seattle - bangunan milik Taib

Blok pejabat utama milik Sakti di US, di 260 California Street, San Francisco juga menyewakan ruangnya kepada beberapa klien, termasuk klien yang terkemuka seperti Citibank. Ini menunjukkan bahawa pelaburan luar negara keluarga Taib mampu menjalin hubungan erat dengan pelabur-pelabur mereka di situ.

Sejarah syarikat Taib di USA

Sama seperti Sakto, Sakti diuruskan oleh Sean Murray, iaitu suami Jamilah Taib. Sean, atau nama Islamnya Hisham semasa dia menikahi Jamilah, tetapi dia tidak pernah menggunakan nama barunya itu ketika berniaga atau bersosial di luar negeri Sarawak.





Hisham (Sean) dan Jamilah Murray

Walau bagaimana pun, dokumen-dokumen mahkamah yang didepositkan di mahkamah tinggi di San Francisco mendapati bahawa syarikat Sakti adalah sebuah syarikat memang milik keluarga Taib. Sakti mengeluarkan beberapa keterangan dalam mahkamah yang sudah tentunya tidak dapat ditentang. Syarikat berkenaan mengak

u bahawa Sakti telah dipersyarikatkan di California pada 1987 dan pada mulanya diuruskan oleh Mahmud Abu Bekir Taib. Tercatat pada salah satu dari dokumen-dokumen, “The Defendants [Sakti International Corporation] admit that beginning September 10, 1987, Sakti’s designated Chief Executive Officer, Secretary and Chief Financial Officer was Mahmud Taib”, yang membawa maksud “pihak defenden [Sakti International Corporation] mengakui bahawa pada 10 haribulan September, 1987, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha dan Ketua Pegawai Kewangan (ketiga-tiganya) adalah (disandang oleh) M

ahmud Taib”.

Pendedahan-pendedahan terdahulu dalam Sarawak Report telah membuktikan bahawa Mahmud Taib, iaitu anak sulung Ketua Menteri, adalah juga merupakan Pengarah asal syarikat Sakto di Kanada, yang ditubuhkan pada 1983, bersama-sama dengan adik perempuannya, Jamilah dan bapa saudara mereka, Onn Mahmud (iaitu saudara kepada Ketua Menteri).

Pendedahan Mahkamah

Penerangan yang dikemukakan kepada mahkamah seterusnya mengakui bahawa Mahmud Taib, yang kini memegang jawatan Pengarah di syarikat CMS Sarawak, telah kemudiannya diganti oleh adiknya Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai “pegawai tunggal dan pengarah Sakti”. Sarawak Report juga menyimpan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Sulaiman juga memegang jawatan sebagai pegawai tunggal di Wallyson’s.

Ketika Sakti dipersyarikatkan pada tahun 1987, Mahmud Taib baru berusia 27 tahun, dan adiknya Rahman Taib pula baru 20 tahun. Walau bagaimana pun, adik-beradik yang masih mudah mentah ini dibantu oleh ahli-ahli keluarga rapat yang lain dalam peranan mereka dalam urusan syarikat. Dua orang adik ketua menteri menyertai Mahmud Taib sebagai pengarah-pengarah asal Sakti International. Keterangan mahkamah daripada Sakti menyebut “[The] Defendants admit that the original members of Sakti’s Board of Directors were Onn Mahmud, Arip Mahmud and Mahmud Taib” (bunyinya lebih kurang: “para defenden mengakui bahawa ahli-ahli lembaga pengarah yang asal dalam Sakti adalah Onn Mahmud, Arip Mahmud dan Mahmud Taib”).

Para Pemegang saham

Sakti juga mengaku bahawa para pemegang saham dalam Sakti kesemuanya adalah anak-anak dan juga saudara-saudara Ketua Menteri. Dokumen keterangan oleh Sakti International menyebut “the original shareholders of the company were Mahmud Taib, Onn Mahmud, Jamilah Taib, Arip Mahmud, and Rahman”. It goes on to confirm that “Mahmud Taib, Onn Mahmud, Jamilah Taib, Arip Mahmud and Rahaman are still shareholders of Sakti Holdings” (bunyinya lebih kurang: para pemegang-pemegang saham yang asal bagi syarikat ini adalah Mahmud Taib, Onn Mahmud, Jamilah Taib, Arip Mahmud, and Rahman”)

Dengan ini Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa Sakti di US, seperti juga Sakto di Kanada, telah ditubuhkan dan diuruskan pada asalnya secara ekslusif oleh keluarga Taib. Penglibatan Sean Murray hanya bermula apabila dia berkahwin dengan Jamilah Taib, dan sebenarnya Sean menggantikan Rahman Taib sebagai pengurus Sakti hanya mulai tahun 2006.


Bos bangunan FBI - Rahman Taib

Dengan ini juga Sarawak Report ingin meminta Encik Murray untuk mengesahkan sama ada beliau kini memegang sebarang saham-saham dalam syarikat-syarikat yang diuruskan atau diarahkannya, atau adakah beliau hanyalah seorang pekerja syarikat milik keluarga isterinya.

Sarawak Report juga ingin memohon keluarga Taib untuk menjelaskan bagai mana di antara 1983 dan 1987 mereka mampu melaburkan berjuta-juta dollar untuk menubuhkan kedua-dua harta di Kanada dan US, yang portfolio-portfolio digabungkan bernilai sekurang-kurangnya US$200 juta. Pada ketika itu, Jamilah, Rahman dan Mahmud berusia sekitar 20-an dan masih menuntut di kolej-koleh, manakala yang lainnya adalah bapa-bapa saudara mereka. Jika wang pelaburan itu disumbangkan oleh kedua-dua bapa saudara mereka, yang telah bergelar ahli perniagaan, maka sikap murah hati mereka, termasuk anak-anak ketua menteri itu amatlah menhairankan.

Tiba masanya untuk mendengar jawapan

Sarawak Report amat percaya bahawa rakyat Sarawak berhak mendengar penjelasan yang terperinci fakta-fakta ini daripada Ketua Menteri sendiri, Abdul Taib Mahmud. Ketua Menteri itu seharusnya menjelaskan sama ada beliau memegang atau pernah memegang saham-saham dalam syarikat-syarikat tersebut, dan adakah sejumlah wang pelaburan itu disumbangkan beliau sendiri. Jika Taib Mahmud merupakan pemilik/pemegang saham-saham dalam syarikat-syarikat ini, para pembayar cukai di Sarawak berhak mengetahui bagai mana beliau memperolehinya. Penguatkuasa-penguatkuasa undang-undang di Malaysia diharuskan untuk menyoalsiasat Taib Mahmud bagi pihak rakyatnya.

260 California Street, San Francisco - salah satu lagi bangunan Taib

Pihak FBI juga harus bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum tentang hakmilik bangunan yang mereka sewa itu. Sebagain defenden bergabung dalam kes mahkamah di California itu Wallyson’s dan Sakti International mengakui bahawa pemilik Wallyson’s adalah syarikat Rodinmass. Rodinmass didaftarkan di British Virgin Islands. Adalah tidak masuk akal jika pihak FBI mengatakan mereka tidak mengetahui siapakah sebenarnya syarikat yang bernama Rodinmass, dengan alas an keselamatan. Memandangkan pegawai tunggal Wallyson’s adalah Rahman Taib, maka, Sarawak Report mengandaikan para pemilik dan pemegang saham-sahamnya juga adalah keluarga Taib, seperti di Sakti International. Maklumat yang ada pada pihak kami menyatakan Laila Taib adalah pemegang saham paling utama di Rodinmass.

Isteri Taib, adik-adiknya dan juga anak-anaknya semuanya dikaitkan dengan syarikat-syarikat di Amerika Utara tersebut. Maka, dengan ini, terpulanglah pada Taib sendiri untuk menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemilikan himpunan harta kekayaan itu.

Sumber: Sarawak Report

URL: http://www.sarawakreport.org/ms/2011/01/himpunan-harta-kekayaan-taib-di-amerika-syarikat-saktisakto-2/

No comments: