Monday, February 7, 2011

Perginya Seorang Wira Kaum Penan


Sumber: Boneo Manser Fund (BMF)
Diterjemahkan oleh Blog Suara Telang Usan

Pada 2 Februari 2011, jam 5.00 petang di Hospital Limbang, Along Sega menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 70an. Beliau merupakan ketua masyarakat kaum Penan yang cukup disegani dan berani menentang pencerobohan hutan oleh syarikat pembalakan sejak tahun 80an lagi di daerah Limbang.Pernah menjadi penasihat kepada aktivis alam sekitar dari Swiss, Bruno Manser. Perjuangan beliau beliau pernah direkodkan di dalam siri dokumentari seperti Tong Tana, Blowpipes against Bulldozers, Lakei Penan dan The Last Nomads of Borneo.

Ditanya berkenaan perjuangan memulihara hutan dan hak tanah kaum Penan oleh Bruno Manser Fund, beliau berkata beliau cuba mendidik generasi muda untuk menerajui perjuangan mempertahankan hak kaum Penan.Beliau menegaskan bahawa generasi akan datang akan meneruskan perjuangan ini dan tidak akan mengalah.

No comments: