Wednesday, May 27, 2009

Kematian seorang ibu Penan

Keruah Usit, 27 Mei 2009

Justin Jusieh, merupakan seorang anak muda Penan yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di pendalaman Sarawak, sedang duduk di meja sarapannya dan dengan nada suara yang kelu, menceritakan kisah kematian ibunya, Jari Lenau.

“Ibu saya sihat sehingga pertengahan bulan Disember tahun 2007,” kata Justin. “Ibu mula mengalami pendarahan, seolah-olah seperti pendarahan semasa tiba haid, tetapi pendarahan ibu tidak berhenti. “Ibu pergi ke klinik berdekatan di Long Lellang, setengah jam perjalanan dengan bot. Jururawat di sana memeriksa ibu, tetapi apabila ibu balik ke rumah, pendarahan ibu semakin teruk.

“Dua minggu kemudian, ibu saya tiba-tiba menjadi sangat lemah dan hampir-hampir pengsan. Ibu tidak dapat berdiri. Seorang wakil kesihatan kampung kami bergegas ke klinik untuk meminta dresser (penolong pegawai perubatan) untuk memanggil helikopter untuk membawa ibu saya ke hospital.

“Dresser tersebut memberitahu kami, ‘Bukan senang untuk memanggil helikopter. Ia mahal. Kalau ibu kamu tidak beberapa sakit, saya boleh dimarahi kerana memanggil helikopter. Bawa dia ke klinik sebelum saya berangkat. Saya akan berangkat dengan pesawat ke bandar pada pukul 10:15 pagi ini.’

“Kami menerangkan kepada dresser tersebut ibu saya terlalu lemah untuk dibawa ke klinik. Kami merayu kepadanya supaya beliau boleh datang ke kampung kami dan memberi ibu saya ubat sementara menunggu helikopter tersebut tiba.

“Dresser tersebut pula memarahi kami, ‘Kamu masih ingat kehamilan ibu kamu setahun yang lalu? Masihkah kamu ingat yang saya menyuruh ibu kamu pergi ke hospital di bandar supaya para doktor boleh merawatnya? Suami ibu kamu yang tidak mahu membawanya. Kali ini, kalau ibu kamu mati, itu adalah kehendaknya.’

“Kami memberitahu dresser tersebut bahawa Jari bukan tidak mahu pergi. Jari tidak mempunyai wang untuk pergi ke hospital semasa beliau masih hamil – hospital terlalu jauh dan tambang perjalananya pula terlalu mahal. ‘Sekarang ibu saya sakit dan itu bukan kehendaknya untuk jatuh sakit,’ kata kami.

“Dresser tersebut menjawab, “Saya harus menaiki pesawat tidak lama lagi. Kalau betul ada orang mengalami pendarahan selama dua minggu seperti yang kamu katakan, tiada harapan lagi. Ibu kamu akan mati.’

“Kami merayu agar dresser tersebut boleh menyelamatkan ibu saya. ‘Ibu saya masih hidup, sama seperti kamu dan kami, masih bernyawa dan bernafas,’ kata kami. “Dresser tersebut pula kata, ‘Tiada guna lagi. Saya akan menimbang beg-beg saya di lapangan terbang sekarang. Kalau dia mati, dia mati! Apa boleh buat?’

“Selepas itu, apabila dresser tersebut sedang menaiki kapal terbang kecil MAS, dia berkata kepada kami, ‘Kamu semua tunggu di kampung kamu. Apabila saya sampai di bandar nanti mungkin saya akan memanggil helikopter. Tunggu sampai besok pagi.’

“Semasa kami beredar dari lapangan terbang tersebut, kami lihat dresser tersebut sedang mengatakan sesuatu kepada seorang jururawat muda di klinik tersebut.

“Jururawat tersebut mengatakan dia tidak boleh merawat Jari dengan baik, walaupun jika ibu saya dibawa ke klinik. Jururawat tersebut berkata peralatan di klinik kesihatan tersebut tidak mencukupi untuk merawat pesakit seperti ibu saya.

“Selepas itu, dresser tersebut menaiki pesawat dan pergi. Kami pun balik ke kampung pada pukul 12.30 petang. Ibu saya tidak dapat duduk ataupun menjawab kami, tetapi kami masih boleh memberi ibu makan sedikit.”

Tanah ini bukan milik kami untuk diberi

Kampung Justin tidak mempunyai hubungan jalanraya yang baik ke pekan yang berdekatan atau hospital, 200 kilometer jaraknya. Jalan balak yang kasar selalunya tidak dapat digunakan. Kalau boleh pun menggunakan jalan darat, Justin dan ayahnya tidak mampu untuk menyewa sebuah kendereaan untuk membawa ibunya ke bandar.

“Ibu saya meninggal petang itu, pada pukul 5:30 petang. Helikopter yang dijanjikan tidak pernah tiba, pada hari tersebut ataupun hari yang seterusnya,” kata Justin sambil menunduk memandang ke bawah meja.

“Kami selalu berharap orang lain tidak akan mengabaikan masyarakat Penan,” kata wakil kesihatan kampung tersebut.

“Kami tidak berbohong apabila kami kata kami tidak mempunyai wang untuk ke hospital di bandar. Kami memang mahu dirawat apabila kami sakit. Kami memang menerima pembangunan dengan hati yang terbuka.”

Wakil kesihatan kampung tersebut menyambung, “Anak saya menceritakan kepada saya bahawa dresser ini telah memarahi beliau: ‘Bapa kamu tiada guna. Dia membawa masyarakat Penan di kampung untuk membuat sekatan di atas jalan balak menentang syarikat pembalakan. Pembalakan membawa kemajuan. Kemajuan tidak akan tiba dengan senang di kampung kamu disebabkan oleh sekatan jalan balak tersebut. Disebabkan oleh tindakan dia, masyarakat Penan di kampung kamu tidak dapat pembangunan’.

“Itu tidak benar,” kata wakil ketua Penan tersebut. “Memang kami mahukan pembangunan. Kami pun manusia, seperti orang lain. Kami rasa hidup kami penting, seperti juga bagaimana orang lain merasakan kehidupan mereka penting. Kami menyokong rawatan perubatan yang kami terima, dan klinik yang dibina di kampung berhampiran. Kami juga menghantar anak-anak kami ke sekolah di kampung yang berhampiran. Kami juga berterima kasih ke atas pembinaan lapangan terbang di sana.

“Tetapi semua kemudahan tersebut sudah ada di sini sebelum syarikat pembalakan masuk ke kawasan ini. Syarikat pembalakan tidak membawa pembangunan.

“Kami tidak menyokong syarikat pembalakan. Syarikat pembalakan merampas tanah kami, hutan kami. Tanah inilah yang kami ada. Tanah kami adalah kehidupan kami.”

Beliau juga berkata, “Kami selalunya mempunyai hubungan yang baik dengan dresser-dresser yang pernah bertugas di klinik tersebut. Semasa kami pergi memburu, kami berkonsi hasil buruan kami dengan mereka. Dresser ini pula berlainan. Dia benci kami. Bagus juga sekarang dia telah pergi dari sini dan ditugaskan di kawasan tempatnya sendiri di Betong.”

Sebelum dresser, atau pembantu pegawai perubatan tersebut ditugaskan di tempat yang lain, dia telah mengalu-alukan kedatangan seorang pegawai kerajaan. Dia menunjukkan kepada pelawat tersebut persekitaran klinik kesihatan kecil tersebut.

Seorang wanita Penan separuh umur dari kampung Jari mengelekkan kepalanya apabila beliau mendengar dresser tersebut dengan sombongnya mengatakan, “Klinik ini adalah klinik kesihatan yang terbaik di daerah ini.”

Orang-orang kampung tidak faham kenapa kerajaan seringkali menuduh masyarakat Penan, Kenyah, Iban dan masyarakat orang asal yang lain melawan kerajaan apabila orang-orang asal ini memprotes syarikat-syarikat pembalakan.

Masyarakat orang asal hanya mendirikan sekatan di atas jalan balak dengan menggunakan ranting-ranting dan kayu-kayu kecil kerana, kata mereka, syaraikat pembalakan enggan berunding dengan mereka.

Sebuah artikel yang ditulis oleh John Riwang di blog ‘Hornbill Unleashed’ yang bernama ‘Painting Penan reality’, memberikan kita beberapa petanda.

“Kami hanya mempertahankan tanah masyarakat kami,” terang wakil kesihatan kampung tersebut. “Kami tidak boleh memberikan tanah ini kepada syarikat pembalakan kerana tanah ini bukan milik kami untuk diberi. Ia adalah milik anak-anak kami, generasi baru yang akan datang. Syarikat tersebut menawarkan RM20,000 tunai kepada saya supaya saya boleh memujuk orang-orang kampung saya untuk membuka sekatan tersebut. Saya menolak tawaran tersebut kerana saya tidak boleh menjual harta yang bukan milik saya.

“Pernah wakil rakyat kami melawat ke kawasan kami,” sambung beliau. “YB tersebut berkata, ‘Kampung-kampung lain membenarkan syarikat tersebut masuk dan mereka menerima pembangunan. Mereka berada di hadapan arus pembangunan di Sarawak – mereka berada di kepala. Kampung kamu pula menetang pembalakan. Kampung kamu mendirikan sekatan. Sekarang kamu berada di ekor pembangunan. Kamu kini sedang ketinggalan.’

Justin memberanikan dirinya untuk menulis kepada pihak-pihak berkuasa dan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malasia (Suhakam) untuk menarik perhatian mereka ke atas kematian Jari. Masyarakat kampung berharap ketidakadilan yang dialami oleh Jari dan keluarganya tidak akan berlaku kepada orang lain.

Setakat ini mereka belum menerima berita mengenai apa-apa siasatan daripada pihak berkuasa.

Dipetik dari: Malaysiakini.com
Diterjemah untuk: Sebana Menoa

Tuesday, May 5, 2009

Tanah adat: Majlis Peguam puji k'jaan S'gor tarik balik rayuan

Apr 30, 09 5:20pm

Majlis Peguam Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap kes Sagong Tasi yang membabitkan pengambilan 38.477 ekar tanah adat kaum Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil pada tahun 1995.

"Kami prihatin bahawa walaupun Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai, mereka adalah kumpulan masyarakat yang telah diabaikan sekian lama," kata Presidennya, Ragunath Kesavan.

"Majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan.

"Amalan tanda dan cakap-cakap kosong yang ditawarkan kepada masyarakat ini harus dihentikan.

"Kaedah bagaimana negara ini melayan keperluan-keperluan dan hak-hak masyarakat ini mencerminkan komitmen kita kepada demokrasi dan hak-hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, majlis tersebut menyeru supaya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengambil tindakan segera untuk menunaikan tanggungjawab fidusiari mereka untuk menghormati, mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli.

"Sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak tersebut," katanya.

Usul Majlis Peguam

Majlis itu juga menyeru kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dengan mewartakan tanah adat sebagai kawasan tanah simpanan Orang Asli.

"Dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai," katanya.

Baru-baru ini, Majlis Peguam telah mengemukakan satu usul berkaitan hak-hak masyarakat Orang Asli di Mesyuarat Agung-nya kali ke-63 yang telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Peguam Malaysia. Selaras dengan usul tersebut, Majlis Peguam menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa bersama oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang bertujuan untuk memantau isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli dan kami komited untuk menjadi sekutu kepada inisiatif ini.

"Kami difahamkan bahawa kerajaan negeri Selangor juga telah menubuhkan satu Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor dan usaha seperti ini wajar dipuji.

"Kami akan cuba mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan badan ini tidak berapa lama lagi dan kami berharap Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Selangor.

"Majlis Peguam mengulangi sokongan dan kesediaan membantu kerajaan persekutuan dan (kerajaan) negeri dalam menjayakan usaha seperti ini yang sewajarnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/103424

Wednesday, April 22, 2009

'Huru-hara di rumah-rumah panjang Dayak'

Oleh: Joseph Tawie Apr 20, 09 4:10pm

Mempolitikkan institusi-institusi masyarakat Dayak telah memecah-belahkan masyarakat Iban, demikian kata Setiausaha Agung Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Nicholas Mujah.

“Mempolitikkan (jawatan) tuai rumah (ketua kaum) dan penghulu (ketua masyarakat) – pada masa ini mereka dilantik oleh ahli-ahli atau parti-parti politik – menyebabkan kebanyakkan rumah-rumah panjang sekarang berpecah,” kata Mujah (kiri).

“Dahulu, pemilihan tuai rumah dan penghulu dipilih oleh masyarakat, untuk masyarakat dan daripada masyarakat itu sendiri. Masyarakat Iban tidak akan bersatu selagi adat resam ini tidak dihormati (di dalam masyarakat).”

Mujah menjawab komen yang diungkap oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak James Masing yang mengatakan politik di dalam masyarakat Dayak, terutamanya di kawasan pendalaman, “masih tidak stabil sehingga sekarang kerana faktor kekurangan kepintaran”.

Kata Masing (kanan), ini jelas boleh dilihat dikalangan masyarakat Dayak luar bandar di mana pendirian politik mereka tidak kukuh. Beliau menyeru agar masyarakat Dayak yang mempunyai pendidikan dan dari kalangan intelek menolong mendidik masyarakat mereka sendiri, supaya mereka tidak mudah dimanipulasi oleh orang-orang yang tertentu.

Beliau berpendapat bahawa terdapat segelintir masyarakat Dayak berintelek yang pergi ke rumah-rumah panjang dan menghasut rakyat untuk menetang polisi-polisi kerajaan, dan disebabkan oleh kempen kebencian tersebut masyarakat Dayak semakin berpecah-belah di dalam politik.

Mujah pula menjawab: “Saya gembira Masing kini telah sedar bahawa terdapat kelemahan-kelemahan dengan para pemimpin masyarakat Dayak. Untuk menyelesaikan kelemahan-kelemahan tersebut perkara yang paling penting untuk Masing dan para pemimpin Dayak yang lain lakukan ialah untuk kembali ke asas dan belajar dari sejarah.

“Saya ingin rujuk kepada Pindaan Kanun Tanah Sarawak pada tahun 2000. Walaupun wakil-wakil rakyat dari kalangan masyarakat Dayak tahu bahawa pindaan tersebut akan menyusahkan masyarakat Dayak, tiada seorang pun daripada mereka berani untuk menentang pindaan tersebut atau lebih-lebih lagi berasa bimbang.”

Mujah tidak bersetuju dengan dakwaan Masing mengatakan para intelek Dayak menghasut rakyat untuk menentang kerajaan.

“Saya tidak bersetuju. Saya berpendapat bahawa masyarakat Dayak berintelek hanya memberi nasihat kepada orang-orang tua mereka supaya mereka tidak akan tertipu lagi,” kata Mujah.

Masyarakat keliru

Memberi komen pada isu yang sama, Pegawai Publisiti Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), John Anthony Brain mengatakan bahawa masyarakat luar bandar keliru kerana mereka tidak dapat membezakan di antara cerita benar dan propaganda.

Beliau berkata, mereka tidak tahu siapakah yang harus dipercayai kerana terdapat segelintir ahli politik yang selalunya tidak menceritakan kebenaran penuh. Dan disebabkan oleh keterangan yang bertentangan, rakyat pula merasa ragu.

Brian merujuk kepada Perbadanan Pemuliharaan dan Penyatuan Tanah Sarawak (Salcra) sebagai contoh.

Beliau mengatakan bahawa segelintir ahli-ahli politik berpendapat Salcra banyak memberi faedah kepada mereka yang mengikuti skim tanah tersebut.

Tetapi menurut pendapat Brian, ramai di antara pengikut skim tersebut hanya menerima upah RM8 sehari atau dividen yang kecil setahun.

Brain, yang juga mempunyai laman web bernama Dayak Baru.com, menambah: “Masyarakat Dayak ingin melihat perubahan di kawasan mereka dan mereka mahu kerajaan untuk menunaikan janji-janjinya. Mereka sudah serik mendengar janji-janji yang ditaburkan.

“Kalau dilihat di kawasan Batang Ai, masyarakat di situ telah menendang bola balik ke kerajaan (untuk menunaikan janji-janji melaksanakan projek-projek pembangunan).”

Baru Bian, seorang peguam dan ahli politik berkata maksud ‘pintar’ dalam politik adalah subjektif.

“Tidak mungkin saya mempunyai kepintaran politik jika saya hanya mahu memastikan kehidupan kerjaya politik saya. Saya pilih politik yang betul. Masing pula silap mengatakan para pemipin masyarakat Dayak tidak pintar. Mereka sebenarnya pintar!”

Dipetik dari Malaysiakini.com
Diterjemah untuk Sebana Menoa

Monday, April 20, 2009

Orang Asal membuat protes depan Mahkamah Tinggi, Miri



Pada 20 APRIL 2009, penduduk dari Rumah Rajang Kampung Wawasan, Suai, Niah telah mengadakan satu protes di depan Mahkamah Tinggi, Miri hari ini

Protes yang dilakukan adalah berkaitan dengan masalah tanah NCR mereka....

Thursday, April 16, 2009

Jabu dan Pembangunan Tanah NCR

16 April 2009
Dipetik dari blog: Dayak Baru
Dikarang oleh: Bujanglatong

Dayakbaru - I hope this article will make Jabu smile.

Minta ampun ngagai kita suku sakat Jabu nyema bisi enggau ditu…

Jabu,

Jabu - it is non of your business

Nuan enda ibuh komplin pasal PKR enggau kepimpinan sida iya. Serta anang ngaga diri ambi berat ngagai keperluan rakyat dayak. Nuan empu lebih nemu nuan timbalan ketua menteri, ukai menteri tanah, ukai menteri muda tang tau disebut penuduk ke pengambis tinggi ba BN sarawak bebangsa iban.

Nama pemansang udah di beri nuan

Tang nama pemansang dayak bai nuan? Udah nya lantik kita ga James Jemut Masing nyadi menteri tanah.. tanya ga rakyat.. nama pemansang ba tanah ba James Jemut Masing? Maioh kitai iban mina nama aja ke ngempu tanah tanah nadai pala nadai pengesahan. Nama kebuah? Laban nadai pemendar, nadai kelulusan ari bahagian land survey nyukat tanah NCR @ tanah bumiputera asal.

Kompeni mutar belit tanah NCR

Udah nya sebar kita propaganda ka nulung ngemansang ke tanah NCR, buka ke sawit, bai kita kompeni besai ngereja.

Udah nya kompeni lalu mutar belit, madah nadai untung, nadai penyata untung rugi. Iban kelia engka ulih kemula tang iban diatu enda entu ulih kemula. Laban owner tanah layak nerima pampas tanah nitih ke patut. Tang meh maioh agi dimenua Machan ke nadai nerima bayar tanah ke alai nubuh ke sawit nyau betaun-taun. Iya meh mayar mimit,lalu pansut ke kita ba surat khabar madah orang Machan,kanowit nerima benefit bepuluh juta… tai aaaaaaaa… Ini aku sama enggau masuk diak.. pecaya enda kita bala kaban dayak baru mina nerima RM 8 ringgit… Enda cukup tambang tudah tuai pulai mansang ari sibu ke Machan. Ngumbai nya ke maioh…

Ari ni kompeni ulih ngereja??? Ari perintah..ari kita menteri tanah ti nadai guna.Ti kita amat ka nulung ngemansang ke tanah NCR.. uji beri subsidi serta bantu kami dayak muka sawit ke diri empu serta bejalai ke dagang kediri empu… nya baru sebut nulung.. endah cina nadai meh nya ada lalu bedagang…

Bula ke maioh agi kita YB..