Borneo Resources Institute (BRIMAS) membantah tindakan Sarawak untuk mengeksploitasi simpanan arang batu sebanyak 1.156 juta tan sebagai sebahagian daripada projek tenaga boleh diperbaharui.
Pengarah eksekutifnya, Mark Bujang berkata, kerajaan negeri sudahpun memasukkan melombong arang batu sebagai sebahagian daripada projek multi bilion dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Sila klik di sini untuk bacaan lebih lanjut http://sarawakupdate.com/news/berita/brimas-bantah-klasifikasi-arang-batu-sebagai-tenaga-boleh-diperbaharui/
Wednesday, January 13, 2010
Tuesday, January 12, 2010
T-Shirt "STOP BARAM DAM"
Cetakkan adalah terhad... Siapa cepat dia dapat !!
Terdapat dalam 2 warna... Sila dapatkan segera !!
Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Marilah kita semua rakyat Malaysia dan penduduk BARAM amnya menyokong kempen ini.
Siapa yang akan membayar untuk projek empangan ini ??
Kita lah iaitu semua rakyat yang terpaksa menanggung hutang ini pada masa hadapan.
Siapa yang mendapat keuntungan dari projek berbilion ringgit ini??
Bukan saya, kamu pun bukan tetapi orang lain, iaitu
Syaitan yang bertopengkan manusia, yang merampas hak kita, tanah adat kita
dan merosakkan Adat dan Budaya kita.
Jangan biarkan Tanah Adat kita dirampas,
Jangan biarkan Adat dan Budaya kita dirosakkan,
Jangan biarkan sejarah, dan pusaka peninggalan nenek moyang kita ditenggelamkan,
Jangan biarkan diri kita menanggung hutang orang lain.
Wahai semua orang BARAM
Ambil iktibar dari pembinaan empangan BAKUN!!
Bagaimanakah kehidupan mereka?
Bagaimana rumah mereka?
Senangkah mereka mencari makan?
Bebaskah mereka meneroka?
Cukupkah tanah untuk mereka menanam?
Adakah janji-janji manis yang dibuat oleh kerajaan ditunaikan?
Jawapannya ada pada mereka di Sg Asap Koyan..
Tanyalah saudara kita di Skim Penempatan Semula Sg. Asap Koyan..
Cukuplah dengan empangan BAKUN dan BATANG AI.
Tenaga di Malaysia sudah melebihi dari mencukupi.
"SELAMATKAN SUNGAI BARAM yang merupakan satu berkat daripada TUHAN
HENTIKAN EMPANGAN BARAM yang merupakan satu kutukan daripada NERAKA!!"
Marilah kita berjuang bersama-sama rakyat BARAM!!
Monday, January 4, 2010
MAJU BELAGA NAU ME ECAH -VS- BELAGA PEKAN MATI -VS- BRS ASAP KOYAN
Tumpuan hanya untuk memajukan Asap Koyan
Oleh: Abun Sui Anyit
BELAGA OH BELAGA:
Suatu ketika dulu saya pernah berenang - renang di sungai ini (Balui yang utama dan Batang Belaga - cabang kecil). Kini saya tak sanggup nak terjun. Kecuali terdesak atau karam. Saya pernah karam di Batang Belaga (Giam Talang) bersama kumpulan perkelahan kami tahun 1995. Puji Tuhan, Dia masih memberi saya umur panjang.
Suatu ketika dulu sungai ini sangat jernih. Paling tidak terdapat dua warna sungai pada satu ketika - Batang Belaga berwarna jernih manakala Batang Balui berwarna coklat (seperti gambar ini). Saat kanak - kanak ku sempat ku ingat kami bermain - sorok - sorok batu putih di sungai Balui ini. Kumpulan atau kawan lain akan mencari batu putih sebesar genggaman. Kalau jumpa di dalam sungai Balui yang jernih itu - mereka dapat markah dan sebaliknya kalau tak jumpa.
Kini semua itu tinggal kenangan yang akan kuceritakan untuk anak cucuku angkara ditelan "kemajuan" dan HEP Bakun MEGA.
Adakah mungkin air sungai ini akan jernih lagi? Air sudah keruh, tetapi mana harganya? Mana pembangunan yang dikatakan penyebab kekeruhan sungai ini?
Mungkinkah harga pembangunan itu adalah air yang keruh? Mungkinkah harga pembangunan itu balak yang habis? Tapi ke mana wangnya pergi? Mungkinkah harga pembangunan itu Tanah Adat yang semakin "hilang"? Mungkinkah harga pembangunan itu jalan yang becak dan penuh lopak? Atau mungkinkah harga pembangunan itu berdirinya Hidro Elektrik MEGA Bakun kebanggaan pihak tertentu, yang kita hanya mampu "perhatikan dan lihat dari jauh" sahaja tanpa menikmati hasilnya?
Mungkinkah pembangunan itu bermakna kita kena beli segala makanan kita seperti ikan, binatang buruan, sayur paku dan sebagainya dari pasar? Mungkinkah harga pembangunan itu kita sudah kenal erti BIL elektrik dan BIL Air di rumah panjang? Adakah sumber kewangan di rumah panjang? Kalau ada, aku orang pertama mahu pulang!
Juga, tanah luas Belaga seluas negeri Pahang seolah - olah tidak cukup untuk penduduknya yang cuma mungkin kira kira 20 ribu sahaja. Ada yang terpaksa berhijrah beramai-ramai ke luar daerah demi mencari tanah untuk bercucuk tanam. Mengapa?
Belaga oh Belaga - mengapa engkau "usir" penghuni asalmu keluar dari naunganmu?? Mengapa? Mereka yang "terusir" tidak akan berbuat begitu kalau engkau menahan mereka. Kalau engkau adil kepada mereka.
Hujan emas di daerah orang baiklah di daerah sendiri. Belaga aku mahu berbakti kepadamu!!
Kini, kedua-dua sungai ini sama sahaja warnanya di pertemuan sungai itu. Ini semua angkara yang kita panggil "pembangunan".
Belaga !! Belum terlambat untuk engkau diuruskan dengan betul. Berilah mereka peluang!
Sambungan :
Kini Orang Asal Balui Belaga telah dipindahkan ke Bakun Resettlement Scheme (BRS) di Asap Koyan. Bahagiakah mereka di sana? Boleh kah mereka pergi "kuman bahe" @ Nyenang" di anak-anak sungai - sungai jernih seperti di Ulu Balui dulu?
Bolehkah orang yang dikatakan "JUTAWAN" Orang Ulu hasil limpahan pampasan HEP Bakun bebas untuk pergi buat luma' @ oma lagi? Setakat maklumat yang saya ada, apabila Orang Ulu, sama ada Kenyah atau Kayan atau Ukit mahu pergi lebih jauh melangkaui dari 3 ekar yang diperuntukan kepada mereka untuk membuat ladang, mereka akan ditahan atau dihalang oleh Company atau Syarikat.
Di sana sini ada GATE atau PAGAR milik company. Ya Tuhan!!! mana Orang Ulu Belaga hendak pergi buat ladang lagi? Ke mana sudah pergi tanah NCR yang luas yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita dengan darah mereka kira-kira beratus tahun dulu???? Mana??
Akibat kononnya kemajuan di Asap hasil limpahan "pembangunan" dari pembinaan HEP Bakun, Orang Ulu Belaga di Asap telah kenal erti bil air dan bil elektrik di rumah panjang. Kata makcik@aunti saya, dia dan suami tidak mampu membayar bill elektrik dan air sebab tak ada sumber wang untuk bayar bil tersebut. Apa lagi wang untuk menyekolahkan anak mereka yang menuntut di Universiti Malaya (UM). Dengar khabarnya dia telah berhenti dari UM.
Dimaklumkan juga hutang makcik saya bersama ratusan keluarga di Asap mencecah 2 juta ringgit (RM2Juta). Rumah yang diduduki juga kena dibayar berjumlah RM52,000.00. Ingatkan free kata makcik saya!
Inikah kemajuan yang dijanjikan itu? Rumah perlu bayar RM52ribu, bill elektrik, tambang kenderaan, beli petrol. Pendek kata, keluar sahaja dari rumah PERLUKAN WANG. Kalau di sungai balui dulu, kita boleh jalan free, YA BENAR-BENAR FREE - sebab guna perahu dan kayuh sahaja. Lagipun sungai Balui yang mengalir pun ada. Cuma kena kayuh kalau melawan arus. Tapi itu SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN! Pengangkutan yang benar-benar FREE pemberian Tuhan itu sangat kurindui kini. Akan kembalikah realiti itu lagi?? So, pendek kata - orang "miskin di Balui" pasti tidak akan mati kelaparan!!
Kalau lah boleh diulang atau diputarkan balik masa, saya pasti tidak akan membenarkan BAKUN dibina di Sungai Balui. Apakan daya Tuhan tidak mengizinkan perkara itu terjadi. Kita hanya mampu berdoa agar tidak terus diperlakukan tidak adil oleh pihak TERBABIT!!.
Tanah yang kita miliki dulu di ulu Sungai Balui adalah ratusan ribu hektar. Kita mengharapkan gantian Tanah NCR ratusan ribu hektar juga. TETAPI harapan ku tinggal harapan. Tanah yang diberi hanya 3 EKAR SAHAJA. OH Tuhan inikah keadilan dunia?
Ratusan ribu hektar tanah yang kuharapkan itu bukan miliki ku dan Orang Ulu Balui tetapi milik Syarikat-syarikat. Orang Belaga pasti kenal syarikat-syarikat ini. Kerajaan yang ku "PANGKAH" itu jugalah yang memberikan tanah seluas itu kepada syarikat-syarikat tersebut. Aku berputih mata lagi.
Lalu aku bertekad untuk tidak lagi memberi UNDI ku kepada yang memberi lesen kepada perampas tanah NCR kita Orang Ulu Balui. Tanah NCR kita juga bakal ditenggelami air Bakun seluas pulau Singapura. Tetapi takungan seluas itu "TIDAK DAPAT MENANDINGI LUASNYA TAKUNGAN AIR MATA ORANG ULU BALUI, BELAGA" yang kesedihan menangisi ratusan ribu hektar tanah NCR yang diberikan kepada Syarikat dan bakal ditenggelam si "kemajuan HEP BAKUN".

Tidak cukup dengan Hidro Bakun, kini Hidro Murum turut dibina TANPA SEDIKITPUN meminta pandangan orang Belaga. Apa lagi orang Penan yang bakal ditenggelamkan di sana.
Dimaklumkan Murum dibina TANPA PENGETAHUAN DAN KEBENARAN MAJORITI ORANG BELAGA. Sangat bodohkah Orang Belaga untuk memberi pandangan?? Sangat jijikkah orang Belaga untuk diambil pendapat mereka?? Kenapa Murum dibina secara BULDOZ sahaja. KENAPA?? Terlalu lemahkah orang Belaga untuk melawan?? AkuPUN SEOLAH-OLAH kehabisan kata-kata untuk membayangkan kenapa Orang Belaga TIDAK DIHORMATI?? DIAMBIL PENDAPAT MEREKA!!

Kawasan tanah NCR penduduk sepanjang sungai Rejang di hilir Pekan Belaga sampai ke Punan Bah juga turut dilesenkan oleh Kerajaan kepada Syarikat-syarikat. Ini bermakna tanah NCR yang produktif, sebahagian besarnya telah "dilesenkan" kepada syarikat-syarikat walaupun ada Orang Punan mendakwa "tiang keriling" di kawasan NCR mereka, ada yang beratus tahun.
Kalau semua tanah diambil dan tanpa pengetahuan orang Belaga teramai, di manakah letaknya maruah Orang Belaga?KITA Orang Belaga tiada maruahkah!! Wakil rakyat kami pun di"periksa" MYKADnya oleh Security bangsa asing (bukan warganegara)untuk berjalan di kawasan sendiri!! Saya percaya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat Belaga. (Harap begitulah).

Tak dapat rasanya aku menahan sebak meneruskan coretan kesedihan penganiayaan ini.... baik ku hentikan ketikan jari jemari ini ... dan kepasrahkan saki baki perjuangan ini di tangan Orang Belaga yang ku kasihi. Belum terlambat untuk kita berjuang bersama walaupun kita miskin wang dan kini ditambah dengan MISKIN TANAH... cuma yang kuminta .. BERILAH PELUANG BAGI MEREKA YANG BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN TANAH NCR KITA DI BELAGA UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG..
Sanggupkah kita orang Belaga MEREMPAT DI DAERAH SENDIRI??
Cukuplah sokongan kita terhadap mereka yang kita harapkan selama ini ... rupa-rupanya HARAPKAN PAGAR.. PAGAR MAKAN PADI.
Salam perjuangan untuk semua rakyat Belaga. SELAMAT MENYAMBUT KARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2010.
Dipetik dari blog Abun Sui Anyit: http://abunsuianyit.blogspot.com/2009/12/maju-belaga-nau-me-ecah-v-belaga-pekan.html
Labels:
Bakun,
Belaga,
empangan hidro elektrik,
Murum,
Sungai Asap
Tuesday, December 15, 2009
Kesan kehilangan hutan terhadap masyarakat di Borneo - 15 Dis 09
Sudah bergenerasi lamanya, masyarakat Orang Asal di Malaysia telah hidup dengan damai di dalam hutan tropika di negara ini.
Akan tetapi pembangunan yang menceroboh masuk ke dalam hutan dan alam semulajadi tersebut telah menjadi penyumbang besar kemusnahan hutan dan juga kepada punca perubahan iklim.
Diweng Bakir adalah dari suku kaum Jagoi dan adalah salah seorang aktivis utama untuk memperjuangkan hak masyarakat Orang Asal di Sarawak.
Beliau menceritakan pandangannya di Al Jazeera.
Labels:
Al- Jazeera,
alam sekitar,
kemusnahan hutan,
perubahan iklim
Wednesday, December 9, 2009
Hutan Sarawak yang kian menghilang
PENANG, Malaysia, Nov 30 (IPS) – Sudah sekian lama, para aktivis alam sekitar dan pejuang hak Orang Asal percaya bahawa hutan belantara yang luas di negeri Sarawak dibalak dengan rakus dan hutan tersebut kini beralih menjadi ladang-ladang kayu akasia dan kelapa sawit, empangan hidro elektrik dan hutan belukar. Malangnya, tidak semua orang mengambil kisah.
Pendirian para aktivis tersebut kini telah disahkan apabila di dalam Laporan Tahunan Audit 2008, yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara dan diserahkan ke Parlimen, Ketua Audit Negara telah mengkritik pengurusan hutan di negeri Sarawak sebagai tidak “memuaskan”. Pada awal bulan ini, pihak berkuasa Sarawak pula menolak penemuan Ketua Audit Negara.
Laporan tersebut telah menyenaraikan beberapa penemuan untuk sampai ke kesimpulan tersebut: kawasan hutan simpan kekal semakin berkurangan dan tidak ada kawasan baru untuk mengantikan kawasan hutan tersebut, manakala terdapat beberapa usul untuk mewartakan kawasan hutan simpan pula belum dilaksanakan. Terdapat juga penemuan di mana pemegang lesen balak tidak diwajibkan untuk mendapat laporan taksiran impak alam sekitar (EIA) yang telah diluluskan sebelum memulakan kerja-kerja mereka. Catuan penebangan tahunan pula melebihi hadnya jika semua kawasan hutan diambil kira.
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah telah menyebabkan terjadinya pembalakan haram yang menyumbang pula kepada kemusnahan alam sekitar, terutamanya pencemaran sungai-sungai, hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh, mendapan lumpur dan banjir.
Menteri Kedua Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak, Awang Tengah Ali Hassan (Menteri Pertama ialah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud) telah menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada laporan tersebut. Beliau berkata laporan tersebut tidak mencerminkan situasi keseluruhannya kerana para juruaudit tersebut membuat kesimpulan-kesimpulan yang rambang mengenai pengurusan jangka panjang hutan di Sarawak oleh kerajaan negeri."
Dengan mendapatkan tindakbalas dari Jabatan Hutan Sarawak, saya percaya pandangan yang seimbang dan tepat (mengenai pengurusan hutan oleh kerajaan negeri) dapat dilaporkan di dalam laporan tersebut,” kata beliau di dalam laporan agensi berita nasional, Bernama.
Awang Tengah pula mengatakan bahawa Jabatan Audit Negara tidak mempunyai kepakaran di dalam pengurusan hutan, dan maklumat-maklumat yang diberi dari Jabatan Hutan Sarawak tidak diambil kira di dalam laporan audit tersebut. Beliau berkata, Ketua Audit Negara telah menulis kepadanya pada 29 Oktober dan bersetuju untuk mengambil kira tindakbalas dari Jabatan Hutan.
Apabila dihubungi, seorang jurucakap dari Jabatan Audit Negara di Putrajaya pula berkata perkara tersebut sudah “selesai” – jabatan tersebut akan menerima komen-komen dari pihak-pihak berkuasa di Sarawak akan tetapi laporan Ketua Audit Negara masih sah.
Para pegawai tinggi di Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak tidak dapat dihubungi melalui telefon untuk mendapatkan komen pada masa ini.
Sarawak mempunyai hutan seluas 12.44 juta hektar di dalam keluasan tanahnya yang seluas 124,450 kilometer persegi, di mana 4.6 juta hektar adalah hutan simpan kekal, 0.88 juta hektar hutan lindungan sepenuhnya dan 4.3 juta hektar pula adalah hutan milik kerajaan, manakala baki kawasan tersebut digunakan untuk penempatan, bandar dan kawasan pertanian.
Pada awal tahun ini, kerajaan negeri telah mengumumkan sasaran untuk menetapkan enam juta hektar untuk hutan simpan kekal dan sejuta hektar untuk hutan lindungan sepenuhnya yang terdiri daripada taman-taman negara, kawasan perlindungan binatang liar dan hutan simpan asli. Pengumuman tersebut telah dijelaskan sebagai “testimoni jelas komitmen kerajaan negeri kepada pengurusan hutan secara mapan.”
Kerajaan negeri Sarawak juga telah mengumumkan penubuhan Kawasan Pemuliharaan Antara Negara yang terdiri dari kawasan taman negara dan kawasan perlindungan binatang liar dengan Indonesia dan Brunei. Kerajaan negeri telah menandatangani 33 perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan hutan Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi, Protokol Kyoto, Konvensyen mengenai Perdangangan Antarabangsa Spesis-Spesis Flora dan Fauna Liar yang Terancam dan Perjanjian ASEAN mengenai Pemuliharaan Sumber-Sumber Asli dan Alam Semulajadi.
Tetapi, Raymond Abin, penyelaras Jaringan Pemuliharaan Bertindak Sarawak – sebuah jaringan kumpulan-kumpulan pejuang alam sekitar dan hak Orang Asal di Sarawak – masih tidak percaya.
Pembalakan merupakan bines terbesar di Sarawak: Sarawak merupakan pengekspot terbesar kayu keras tropika di dunia. Tambahan pula, konsesi-konsesi balak selalunya diberi kepada pihak-pihak yang mempunyai pertalian rapat dengan para pemimpin di Sarawak. Kelapa sawit juga merupakan sebuah lagi sumber pendapatan yang besar untuk Sarawak.
“Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat apa yang berlaku terhadap sungai-sungai kita di Sarawak, semuanya berlumpur. Jika anda menaiki pesawat dan terbang dari satu penjuru negeri ini ke penjuru yang seterusnya, anda boleh melihat banyak kawasan-kawasan hutan sudah dibalak,” kata Raymond.
Dari kesemua usaha kerajaan negeri Sarawak, laporan Ketua Audit Negara melaporkan bahawa 139,680 hektar hutan simpan kekal musnah dari tahun 2003 dan 2005, di mana 18,322 hektar pula musnah dari tahun 2006-2008. Dari tahun 1990 dan 2008, hampir sejuta hektar hutan simpan kekal telah musnah, dengan hanya 4.6 juta hektar yang masih tinggal. Laporan tersebut menyatakan pengumuman sasaran kerajaan negeri untuk mengekalkan enam juta hektar hutan simpan kekal, tetapi tiada pentunjuk yang menyatakan bila sasaran ini akan menjadi rasmi.
Para juruaudit menemui bahawa “aktiviti pembalakan yang berhampiran dengan sungai-sungai merupakan faktor utama kemerosotan air jernih, jumlah pepejal yang terapung dan tahap oksigen yang terlarut” di sungai-sungai utama di Sarawak. "Ini bukan sahaja mencemarkan sumber-sumber air, ia memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih.” Sememangnya, Sungai Rejang (di kawasan Sibu, Sarikei dan Kapit), Sungai Kemena (Bintulu), Sungai Baram (Miri), Sungai Limbang (Limbang) dan Sungai Trusan Lawas (Limbang) telah melebihi piawaian pencemaran air.
Raymond menambah bahawa masyarakat Orang Asal boleh melihat apa yang sedang berlaku di persekitaran mereka. “Anda tidak perlu menjadi seorang pakar: masyarakat Orang Asal yang telah lama tinggal di dalam hutan atau memerlukan air bersih untuk kehidupan mereka – cara hidup mereka semakin lama akan hancur akibat daripada pembalakan.”
Para juruaudit menunjukkan bahawa terdapat banyak mendapan di kuala Sungai Seduan dan Sungai Igan di Sibu iaitu "seluas sebuah padang bola sepak," dan disebabkan ini banjir sering berlaku di kawasan Sibu terutamanya pada waktu hujan lebat. Menurut rekod banjir, Sibu merekodkan banjir sedalam 0.9 meter pada tahun 1997 dan naik ke 1.5 meter pada tahun 2007. Pada bulan Disember 2008, Sibu mengalami banjir yang paling teruk sejak dari tahun 1963. 350,000 hektar kawasan hutan simpan kekal di Bahagian Sibu di Sarawak telah musnah di antara tahun 1990 dan 2008, menurut laporan para juruaudit.
Mereka juga menyatakan beberapa laporan akhbar yang menyatakan pada awal tahun ini aktiviti-aktiviti pembalakan di Bakun yang melebihi 40,000 hektar telah menyebabkan pencemaran dan mendapan yang teruk di kuala Sungai Balui.
Undang-undang memerlukan laporan EIA disediakan untuk setiap lesen pembalakan di kawasan yang melebihi 500 hektar sebelum kerja-kerja membalak boleh bermula. Akan tetapi apabila sebuah sampel 30 permit untuk kawasan melebihi 500 hektar dikaji, para juruaudit tidak dapat mengesahkan jika laporan EIA telah disediakan sebelum kerja-kerja membalak bermula. Mereka juga tidak menemui mana-mana laporan EIA yang memberi kebenaran untuk membalak berkaitan dengan permit tersebut.
Pemantauan dari udara mendapati bahawa pembalakan di beberapa kawasan pembalakan dilakukan di cerun-cerun bukit yang melebihi 45 darjah, had kecerunan yang dibenarkan untuk membalak dan di kawasan yang berhampiran dengan sungai.
Para juruaudit memberi amaran bahawa kekayaan kepelbagaian biologi Sarawak akan beransur musnah akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan. Mereka mengesa agar spesis flora dan fauna direkod sepenuhnya supaya kerja-kerja pemuliharaan boleh dilaksanakan dengan betul untuk spesis-spesis yang terancam.
Salah satu masalah ialah penguatkuasaan yang lemah dan renjer-rejer hutan tidak mencukupi, kata Awang Tengah pula adalah "episod lama" di mana tindakan untuk memperbaiki telah pun dilaksanakan.
Tetapi Raymond menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa orang ramai takut diugut dan inilah sebabnya mengapa mereka tidak berani untuk membuat aduan. "Mereka tidak boleh nafi bahawa terdapat banyak aktiviti-aktiviti pembalakan. Masalah tersebut berpunca dari pihak berkuasa, mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat perubahan, dan juga kerana kekurangan penguatkuasaan.”
Dipetik dari: Anilnetto.com
Diterjemah untuk: Sebana Menoa
Labels:
laporan Ketua Audit Negara,
pembalakan,
pencemaran
Subscribe to:
Posts (Atom)