Stephen Tiong
Feb 7, 11
3:09pm
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar  Ibrahim mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) yang lembab menyiasat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah  Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh laman sesawang  Sarawak Report.
"Setiap  laporan kredibel harus diselidiki. Ini adalah pendirian standard yang  kita pegang,” katanya kepada wartawan sebelum berangkat ke Kuala Lumpur,  semalam.
Menurut Anwar, jika ada dakwaan dilemparkan ke atas dirinya, SPRM tidak akan berlenggah bagi menyiasat.
"Tetapi  ketika tuduhan dilemparkan ke atas Perdana Menteri Najib (Abdul) Razak  dan  Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dan juga  ke atas Taib, SPRM lambat bertindak," katanya.
Anwar  berkata Malaysia mempunyai dua set undang-undang - satu set  undang-undang yang tidak 'bertaring' bagi golongan  kaya dan berkuasa,  dan yang kedua bagi rakyat biasa, seperti dirinya.
Perlu diubah
"Set undang-undang ini perlu diubah," katanya sambil menambah perkara itu tidaak akan berlaku selagi BN terus berkuasa.
 Anwar juga mendakwa BN akan menghalang sistem itu dipinda bagi menjamin kedudukan mereka selagi mereka terus memerintah.
Anwar juga mendakwa BN akan menghalang sistem itu dipinda bagi menjamin kedudukan mereka selagi mereka terus memerintah.
"(Jika) anda ingin memastikan bahawa ada keadilan dan keadilan, maka sistem harus diubah untuk kebaikan selamanya," katanya.
Sejak  beberapa bulan kebelakangan ini, Sarawak Report telah mendedahkan  laporan yang  disokong dengan apa yang dikatakan adalah dokumentari dan  bukti bahawa Taib, ahli keluarga serta rakan-rakannya telah menjadi  jutawan.
Menurut Sarawak Report juga memuatkan  artikel-artikel menuduh keluarga Taib diberikan kontrak melalui  perundingan terus bagi projek membina dan menyelenggara jalan, jambatan  dan projek-projek besar yang lain.
Krisis politik
Anwar juga memberi amaran akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kronik mungkin akan menyaksikan bantahan oleh rakyat seperti yang dilihat pada krisis politik di Tunisia dan Mesir .
 Perkara yang sama boleh terjadi di negara-negara Islam lain di Asia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia, katanya.
Perkara yang sama boleh terjadi di negara-negara Islam lain di Asia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia, katanya.
"Kita harus sedar apa yang berlaku di kedua-dua negara tersebut," katanya.
Justeru,  beliau mengingatkan BN supaya tidak memperlekehkan atau menghina  penduduk luar bandar dengan memikirkan mereka akan puas dengan  sesekali  jalan dan jambatan dibina di daerah mereka.
"Mereka ini rakyat Malaysia dan harus diberi hak dan kuasa untuk menentukan masa depan mereka sendiri," katanya.
 Sehubungan  itu, anwar berkata adalah penting bagi PKR untuk terus memperkukuh dan  mempermantapkan kubu-kubunya dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi  Pakatan Rakyat - DAP, PAS dan SNAP di Sarawak.
Sehubungan  itu, anwar berkata adalah penting bagi PKR untuk terus memperkukuh dan  mempermantapkan kubu-kubunya dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi  Pakatan Rakyat - DAP, PAS dan SNAP di Sarawak.
"Ini  juga adalah tugas para pemimpin nasional parti bagi memaklumkan kepada  rakyat di Sarawak tentang perlunya perubahan, membersihkan rasuah dan  menghapuskan penyalahgunaan kuasa," katanya.